MILAN, 9 Jan – Pemain pertahanan Uruguay, Martin Caceres telah berhijrah ke Lazio dengan kontrak satu tahun dari Verona, kelab mengesahkan semalam.
Bekas pemain Barcelona, Sevilla dan Juventus yang kini berusia 30 tahun itu memiliki kontrak dengan pilihan kontrak boleh diperbaharui, menurut Lazio menerusi kenyataan.
Caceres pulih dari kecederaan yang menghentamnya musim lepas tetapi telah beraksi 13 perlawanan sejak menyertai Verona Ogos lalu selepas menghabiskan masa tiga bulan beraksi dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton.
Pemain Amerika Selatan itu akan bermain untuk jurulatih Lazio Simone Inzaghi dalam pusingan kedua musim ini yang menyaksikan Lazio akan menentang Chievo pada 21 Januari nanti.
Dia mengumpul lima gelaran Serie A bersama Juventus dan piala Liga Juara-Juara, La Liga dan Piala Sepanyol bersama Barcelona pada 2009.
Dia juga membuat 75 penampilan buat Uruguay sejak 2007 dan menjuarai Coppa Amerika pada 2011.
Lazio yang kini memiliki kelebihan satu perlawanan, menghuni tangga keempat dalam Serie A, 11 mata di belakang pendahulu Napoli. – AFP