Martin cemerlang harungi Tour

SAINT-ETIENNE, Perancis, 18 Julai – Jika tidak kerana kemalangan minggu lalu, Dan Martin mungkin mengenakan jersi kuning Tour de France berbanding Chris Froome, tetapi penunggang dari Ireland itu tidak bimbang dengan apa yang mungkin terjadi.

Penunggang berusia 30 tahun itu tidak bernasib baik untuk diketepikan oleh Richie Porte ketika penunggang dari Australia itu mengalami kemalangan ketika melakukan penurunan.

Martin bangun, bertungkus-lumus dan menamatkan perlumbaan peringkat kesembilan itu, tetapi ketinggalan 1 minit 15 saat di belakang Froome dan pesaing-pesaing keseluruhan yang lain.

Kini penunggang Quick Step itu berada di kedudukan 1:12 di belakang Froome, ramai menyatakan bahawa dia mungkin mengenakan jersi kuning jika tidak kerana kemalangan itu, dan masalah belakang yang dihadapinya sejak itu.

“Masa (keseluruhan) GC, saya terpaksa tidak menghiraukannya, ia sudah berlaku. Perkara tersebut menjejaskan saya sedikit adalah kehilangan peluang untuk memenangi peringkat, kerana pada kedudukan itu saya merasa yakin saya adalah pemecut yang terpantas di sana,” katanya.

Dan Martin (depan) ketika mendahului penunggang lain pada peringkat ke-13 Tour de France. Martin mula merapati pendahulu keseluruhan, Froome, sejak mengalami kemalangan dalam perlumbaan itu. - AP
Dan Martin (depan) ketika mendahului penunggang lain pada peringkat ke-13 Tour de France. Martin mula merapati pendahulu keseluruhan, Froome, sejak mengalami kemalangan dalam perlumbaan itu. – AP

Bagaimanapun, sejak kehilangan kedudukan, Martin meraih semula masa dari Froome dan pesaing lain, beberapa saat sedikit demi sedikit.

Khamis lalu dia mendapatkan sembilan saat dari Froome dan sembilan lagi pada Jumaat lalu. Dia adalah salah seorang dari dua penunggang yang tidak kehilangan masa kepada juara itu pada Sabtu lalu dan kemudian mendapatkan 14 saat lagi pada hari Ahad.

Setelah kehilangan 25saat dari jersi kuning kepada 1:44 selepas kemalangannya, Martin mengembalikan semula 32 saat dari defisitnya hanya dalam tempoh empat hari.

Dan dia berkata ia terserah kepada kepintaran taktikal berbanding yang dimilikinya pada masa lalu. – AFP