Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marvel perkenal adiwira Muslim pertama

    Mencipta kelainan melalui kepelbagaian watak, Disney+ Hotstar mengumumkan pelancaran treler dan poster siri Ms Marvel yang menampilkan Kamala Khan, iaitu adiwira Muslim yang digambarkan sebagai remaja yang membesar di Jersey City, Amerika Syarikat.

    Boleh ditonton di platform penstriman itu sebaik dilancarkan secara rasmi pada 8 Jun depan, Ms Marvel membawa penonton menyoroti kehidupan Kamala yang cuba mengimbangi kehidupan sebagai pelajar sekolah tinggi, keluarga dan kuasa atau ‘super power’ yang dimilikinya.

    Kamala yang cukup meminati permainan video, sentiasa merasakan dirinya tidak kena dengan persekitaran di sekolah, mahu pun di rumah.

    Namun, segala-galanya berubah apabila pada suatu hari, dia menyedari dikurniakan kesaktian atau kuasa persis adi wira yang sering diimpikan.

    Watak Kamala atau Ms Marvel dilakonkan Iman Vellani. Turut berlakon Aramis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Laith Nakli, Azhar Usman, Travina Springer dan Nimra Bucha.

    Episod dalam musim pertama diarah Adil El Arbi dan Bilall Fallah, Meera Menon dan Sharmeen Obaid-Chinoy. Penerbit Eksekutif siri Ms Marvel ialah Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso dan Bisha K. – Agensi

    Watak Kamala atau Ms Marvel dilakonkan Iman Vellani. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda