Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Mas Idayu dapat tajaan RM7 juta

    Penyanyi Mas Idayu mengesahkan bakal disatukan dengan jejaka pilihan iaitu seorang penerbit eksekutif, Sufian Isa pada 16 September ini.

    Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, tiada sebarang simbolik atau makna di sebalik pemilihan tarikh yang jatuh pada Hari Malaysia itu dan ia dipilih sendiri oleh bakal suaminya itu.

    “Bukan saya yang pilih tetapi Daddy (panggilan buat Sufian). Awal perancangan kami ingin melangsungkan pernikahan pada bulan Mei lalu tetapi pada saya ia terlalu awal.

    “Kemudian selepas berbincang kami bersetuju untuk pilih 16 September kerana lebih mudah untuk diingati,” katanya kepada wartawan.

    Mas Idayu turut mendedahkan majlis itu turut mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta.

    Penyanyi lagu 100% Cintaku juga memberitahu memilih Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu lepas berkahwin. – Agensi

    Tajaan itu termasuklah lokasi majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan, katering, fotografi, set barangan kemas dan beberapa busana pengantin.

    “Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara yang meriah.

    “Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama… Tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas perkahwinan 16 tahun saya hidup sendirian,” katanya.

    Seperti pasangan yang lain, Mas Idayu juga mengharapkan perkahwinan kedua dengan Sufian, 51, akan kekal sehingga ke akhir hayat.

    “Setelah sekian lama hidup bersendirian dan tidak lagi percaya kepada perkahwinan, saya akhirnya terbuka hati untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri,” katanya.

    Penyanyi lagu 100% Cintaku juga memberitahu memilih Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu lepas berkahwin.

    “Insya-Allah selepas berkahwin saya akan berehat dan berbulan madu di Santorini selama dua minggu bagi meluangkan masa bersama suami,” ujarnya.

    Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006 dan dikurniakan anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...