Masa depan Liga Scotland di tangan Dundee

GLASGOW, 13 APRIL – Masa depan musim bola sepak Scotland di bawah kejohanan elit kelihatan berada di tangan Dundee di tengah-tengah kekeliruan sama ada mereka sudah membuat undian dalam undi yang penuh kontroversi untuk menentukan bagaimana kempen ini berakhir ketika krisis koronavirus.

Menurut Liga Profesional Scotland, pasukan kejohanan telah diberikan ‘arahan tegas’ untuk tidak mengira undian mereka yang bakal ditutup ada hari Jumaat. Selepas itu, SPFL mengeluarkan keputusan penyelesaian bahawa tiga liga bawahan akan ditamatkan dalam kedudukan mereka ketika ini semasa permainan diberhentikan kerana pandemik koronavirus pada bulan Mac.

Keputusan Liga Premiership Scotland akan diambil pada tarikh kemudian jika cadangan pertama diluluskan.

Premiership dan kelab dari Liga Satu dan Dua menyokong pelan tersebut dengan memerlukan majoriti 75 peratus. Tetapi pasukan tahap kedua akan kekal seimbang, dengan tujuh kelab telah menyokong cadangan sementara dua pasukan menolak.

Ketua eksekutif Inverness, Scot Gardiner berkata wakil dari Dundee, bekas kelabnya, telah memberitahu beberapa pasukan musuh kejohanan bahawa mereka ‘tidak’ membuat sebarang undian lapan minit sebelum tarikh tutup.