Masa depan Real kabur

MADRID, 8 Mac – Real Madrid berbaki 12 perlawanan untuk menebus maruah sekali gus mempertahankan Santiago Solari.

Walaupun sukar untuk mempercayai meskipun Real mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan mendatang sama ada khidmat jurulatih dari Argentina itu boleh akan ditetapkan.

Meskipun meraih hampir 12 kemenangan, ia tidak akan menyakinkan presiden kelab Florentino Perez yang melihat Real tersungkur sebelum pertengahan Mac.

Selain itu, prestasi Madrid akhir-akhir ini tidak menunjukkan sesuatu yang positif, tidak membuatkan Barcelona tertekan di mana skuad Catalan itu mempunyai kelebihan 12 mata susulan kemenangan di Santiago Bernabeu hujung minggu lalu.

“Kami berasa sedih dan kecewa,” menurut Solari selepas tewas 4-1 kepada Ajax pada Selasa lalu. “Tetapi persaingan musim perlu diteruskan. Memang benar jarak dalam persaingan liga sangat jauh tetapi kami perlu bangkit. Madrid selalu membuat kejutan.”

Reaksi pemain Real semasa Tadic menjaringkan gol ketiga buat Ajax pada aksi Liga Juara-Juara tempoh hari. Selain isu Solari, musim yang dilalui Real pada ketika ini memaksa kelab itu melakukan rombakan skuad pada musim panas nanti. – AP

Skuad kendalian Solari akan berdepan Real Valladolid hujung minggu ini, memburu untuk meraih kemenangan bagi menamatkan krisis yang berlaku ketika ini.

Lapan mata sangat mencukupi untuk mengelak daripada tersingkir daripada persaingan empat teratas, terutama sekali Getafe dan Alaves yang semakin mendekati selepas melalui musim yang menakjubkan.

Ini memaksa pemain Real Madrid perlu untuk menyakinkan kelab berhubung dengan masa depan mereka dan juga masa depan jurulatih.

Selain isu Solari, musim yang dilalui Real pada ketika ini memaksa kelab itu untuk memikirkan semula atau berkemungkinan berlakunya rombakan skuad pada musim panas nanti selepas beberapa pemain utama kini dalam pemantauan.

Gareth Bale, Marcelo, Toni Kroos, Casemiro dan Karim Benzema tidak mempamerkan aksi yang memberangsangkan akhir-akhir ini.

“Kami semua gagal mendapatkan rentak terbaik pada musim ini,” menurut Kroos. “Saya mengaku, kami perlu melakukannya dengan lebih baik,” kata Nacho. – AFP