Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Masa depan Sancho di United dalam keraguan

    LONDON, 5 SEPT – Masa depan Jadon Sancho di Manchester United kini dalam keraguan selepas dia mengkritik pengurus, Erik ten Hag yang menyatakan bahawa dia digugurkan kerana prestasi lemah semasa latihan.

    Pemain berusia 23 tahun itu, yang menyatakan dia sebagai ‘kambing hitam’, tidak dibawa bersama pasukan ke London untuk perlawanan Liga Perdana apabila mereka tewas 1-3 di tangan Arsenal, pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.

    Pemain sayap England itu kecewa dengan penggugurannya, selepas masuk sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan pertama United.

    Ten Hag mempunyai beberapa pilihan serangan yang berpengalaman di Emirates, dengan pemain baharu, Rasmus Hojlund, Alejandro Garnacho dan Facundo Pellistri turut berada dalam senarai pemain simpanan.

    The Red Devils hampir mencapai keputusan seri 1-1 tetapi dibolosi dua gol pada masa kecederaan dan kekalahan itu meletakkan mereka di tangga ke-11 dalam carta EPL.

    Aksi Jadon Sancho (kanan) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Tottenham Hotspur di London, England pada 19 Ogos. – AP

    Ten Hag berkata, Sancho digugurkan kerana prestasi lemah ketika latihan “Jadon, berdasarkan prestasinya dalam latihan, kami tidak memilihnya,” kata jurulatih Belanda itu selepas perlawanan.

    “Awda perlu mencapai tahap yang diperlukan setiap hari di Manchester United dan kami boleh membuat pilihan dalam barisan hadapan. Jadi untuk perlawanan ini dia tidak dipilih.”

    Bagaimanapun, Sancho kemudiannya membidas kenyataan itu dalam hantarannya di media sosial dengan kata-kata tegas.

    “Tolong jangan percaya semua yang awda baca! Saya tidak akan membenarkan orang mengatakan perkara yang tidak benar sama sekali, saya telah menjalankan latihan dengan baik minggu ini,” tulisnya di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    “Saya percaya ada sebab lain untuk perkara ini yang tidak akan saya nyatakan, saya telah menjadi kambing hitam untuk waktu yang lama dan ini tidak adil!,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...