Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Masa depan Tom Holland di Marvel masih belum pasti

    Beberapa nama baharu muncul untuk melakonkan watak adiwira di Marvel bagi menggantikan pelakon yang sudah lama muncul.

    Nama Tom Holland sebagai Spider Man bagaimana pun masih menjadi satu persoalan.

    Hasil daripada temu bualnya bersama ET, Tom Holland turut memberi jawapan daripada rasa ingin tahu peminat Marvel tentang kebolehannya sebagai adiwira.

    “Selagi kita dapat meningkatkan (standard) dan membuat filem yang lebih baik dan menjadikannya (adiwira) lebih bermakna, maka saya akan tetap berada di sana,” kata Tom Holland.

    “Ia mungkin bodoh jika saya katakan betapa malangnya saya jika tidak melakukannya lagi (untuk menjadi Spider Man), beberapa perkara berlaku, tetapi kita perlu menunggu dan melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” tambah Tom Holland.

    Teman lelaki Zendaya itu juga membocorkan bahawa Spider-Man 4 sedang dalam proses penggambaran. Perkara itu didedahkan dalam temu bual dengan Variety.

    Tom Holland berkata, pasukan Marvel menghentikan sementara pembikinan filem itu untuk menyokong bantahan oleh penulis Hollywood.

    “Kami memutuskan untuk menghentikan pertemuan (mengenai filem itu) sebagai bentuk sokongan kepada penulis.

    “Terdapat beberapa perbincangan, tetapi ia masih dalam peringkat awal,” jelas Tom Holland. – Agensi

    Tom Holland membocorkan bahawa Spider-Man 4 sedang dalam proses penggambaran. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...