Masa menunggu di Hospital RIPAS terlalu lama

Saya ingin mengutarakan rasa bimbang terhadap waktu menunggu yang lama di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Saya telah pergi ke Hospital RIPAS untuk melakukan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.

Pada mulanya, saya agak gembira bahawa pendaftaran dilakukan dengan cepat. Berkemungkinan kerana tidak ramai orang ketika itu memandangkan ia pada waktu pagi yang sibuk.

Walau bagaimanapun, semasa menunggu untuk dipanggil oleh doktor merupakan sesuatu yang perlu kita tekankan. Saya menunggu dari jam 9 pagi namun nama saya hanya dipanggil satu jam kemudian kerana doktor itu terlewat.

Sementara berada di kaunter ubat, lazimnya ia akan bergerak cepat namun pada hari itu, saya tidak tahu kenapa ia bergerak begitu perlahan. Saya hanya dapat mengambil ubat hampir menjelang waktu tengah hari.

Waktu menunggu sama ada untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital masih lagi tidak cekap dan boleh menjadi tidak selesa bagi sesetengah pesakit. Bolehkah pihak berkuasa memantau perkara ini dan berkemungkinan mencari cara atau idea bagi memastikan perkhidmatan yang cepat dan cekap di hospital? – Menunggu dengan sabar