LONDON, 27 Nov – Paris Saint-Germain (PSG) sepertinya gagal untuk menghindarkan diri dari terkeluar awal dalam Liga Juara-Juara ketika mereka menjadi mangsa dari aura Anfield dan jaringan kemenangan Roberto Firmino buat Liverpool pada September lalu.
Tetapi dengan perlawanan timbal balik menentang Reds di Parc des Princes pada awal pagi Khamis ini, pasukan itu perlu menang untuk memastikan mereka terus berpeluang untuk layak ke pusingan 16 pasukan teratas.
Juara bertahan Perancis itu boleh mengambil kesempatan terhadap kelemahan Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara.
Penyokong di Anfield telah lama dikreditkan sebagai ‘pemain tambahan’ untuk juara Eropah lima kali itu, tetapi mereka jarang memperoleh kemenangan di luar laman sendiri dalam aksi Liga Juara-Juara ini.
Musim lalu Liverpool hanya mendapat kemenangan sebanyak dua kali di Eropah dan ketinggalan 4-2 di Rom ketika anak buah kendalian Jurgen Klopp itu hanya mara melalui kelebihan jaringan agregat. Mereka bagaimanapun tewas 3-1 dalam aksi final di tangan Real Madrid di Kiev.

Liverpool gagal membuat satu percubaan pada sasaran apabila tewas 1-0 ke atas Napoli dalam perlawanan kedua musim ini dan Red Star menikmati kemenangan terbesarnya sejak menjuarai Piala Eropah pada tahun 1991 apabila menundukkan Reds 2-0 dalam kemenangan pertama mereka dalam aksi Liga Juara-Juara sejak 26 tahun.
Kecuali pengurus dari Jerman itu mencari strategi untuk menghentikan kekalahan kelima berturut-turut dalam saingan Eropah di luar laman sendiri, Liverpool mungkin perlu mengalahkan Napoli dengan dua gol untuk mara ke pusingan 16 pasukan teratas.
Itu bukan tugas yang mustahil apabila mereka pernah melakukannya pada musim 2004-05 semasa mereka berjaya menundukkan Olympiakos 3-1.
Dengan pembelian pemain pada musim panas lalu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Liverpool di kalangan pemenang yang berpotensi untuk gelaran Liga Juara-Juara musim ini, ia bermakna mereka tidak harus hanya bergantung kepada kesan galakan dari para penyokong di Anfield.
Bagaimanapun, Klopp telah memulihkan kedudukan Liverpool sebagai salah sebuah pasukan hebat dalam Liga Juara-Juara.
Namun status itu hanya datang apabila mereka dapat menyingkirkan pasukan pilihan utama PSG yang memiliki barisan pemain penyerang yang bernilai 500 juta euro iaitu Neymar, Kylian Mbappe dan Edison Cavani. – AFP































