Masa untuk Werner buktikan kemampuan

LONDON, 4 MEI – Chelsea akan menerima kunjungan Real Madrid ke Stamford Bridge pada Rabu dengan masih berpeluang untuk mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara selepas gagal menewaskan lawan dengan juara Eropah 13 kali itu bertahan sehingga akhir perlawanan pada pusingan pertama minggu lalu.

Keputusan seri 1-1 di ibu kota Sepanyol masih memberikan The Blues kelebihan gol di tempat lawan, tetapi pasukan Thomas Tuchel sepatutnya peroleh lebih banyak kelebihan tetapi dua penyerang mereka tumpul di hadapan pintu gol.

Dalam musim pertama bersama Chelsea, Timo Werner terlepas peluang keemasan untuk meletakkan pasukannya di hadapan ketika penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois menyelamatkan pasukannya semasa bertemu bekas kelab diwakilinya.

Kegagalan tersebut mencetuskan kritikan dari isteri Thiago Silva, yang merupakan rakan sepasukannya.

“Setiap pasukan saya pergi pasti ada penyerang yang kerap terlepas gol,” Isabelle da Silva memuat naik pesanan di Instagram yang kemudian dipadam.

Dalam babak berbeza, selepas Christian Pulisic meletakkan Chelsea di hadapan, Karim Benzema hanya memerlukan sedikit peluang untuk membantu Real menyamakan kedudukan dengan jaringan ke-28 pada musim ini dan menjadi penjaring keempat terbanyak bersama dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Jumlah jaringan sebegitu dijangkakan Chelsea ketika mereka membayar 47 juta pound untuk khidmat Werner Jun lalu, ketika kelab lain, termasuk Madrid, bergelut untuk mencari sumber pendapatan untuk membayar pemain mereka ketika pandemik koronavirus membatalkan aktiviti bola sepak di seluruh Eropah. – AFP

Gambar fail aksi Timo Werner semasa pertemuan Chelsea menentang Fulham, baru-baru ini. – AP