APABILA menyentuh mengenai menu masakan ala kampung sudah pasti anda akan berasa terliur.
Bukan sahaja akan teringat kampung halaman malah masakan air tangan ibu juga menjadi igauan.
Menu bertemakan masakan kampung pada dasarnya sangat enak dan kini anda boleh mencubanya sendiri di rumah.
Daging Salai Lemak Cili Api
1 kg daging segar yang dipotong nipis dan disalai.
1 liter susu rendah lemak
50 gram cili api
1 sudu asam jawa
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
Garam bukit
Gula batu
Belimbing buluh atau mangga muda
Cara membuat:
Masukkan susu rendah lemak, serai, bawang putih, asam jawa, belimbing buluh dan kunyit hidup ke dalam periuk. Renehkan di atas dapur.
Kemudian masukkan daging. Masak sehingga daging betul-betul empuk.
Rasakan dengan garam bukit dan gula batu.
Kacau seketika dan ia sedia untuk dihidangkan.
Sambal Bilis Petai
Bawang besar yang dikisar
Bawang putih yang dikisar
Halia
Kayu manis
Bunga lawang
Cili kisar
Ikan bilis
Gula Melaka
Daun sup
Petai yang diambil isi dan dibelah dua
Minyak
Asam jawa
Garam bukit
Susu penuh krim
Cara membuat:
Goreng ikan bilis separuh garing. Tumbuk separuh ikan bili dan asingkan
Gunakan minyak yang sama lebihan gorengan ikan bilis tadi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang sehingga naik wangi.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
Masak sehingga berwarna kekuningan.
Selepas itu, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula, gula kabung, garam bukit, asam jawa, daun sup, petai dan susu penuh krim.
Gaul rata sehingga gula kabung larut.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan ditumbuk tadi kesemua sekali.
Sedia untuk dihidangkan dan ia sedap dimakan bersama nasi panas.
Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak
2 ikat pucuk ubi
500 gram susu rendah lemak
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 sudu asam Jawa
80 gram udang kering
Garam bukit
Gula batu
Cara memasak:
Rebus pucuk ubi. Tos dan asingkan.
Sangai udang kering sehingga kuning.
Masukkan susu rendah lemak, bawang putih, kunyit hidup, udang kering dalam periuk. Renehkan.
Masak dalam air sederhana dan sentiasa kacau kuah tersebut supaya tidak berketul.
Letakkan perasa garam bukit dan gula batu.
Akhir sekali, masukkan pucuk ubi dan biarkan seketika. Ia sedia untuj dihidangkan.



































