Masalah lalat semakin mengganas di Masin

Saya sebagai salah seorang penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Masin ingin menimbulkan satu aduan dan meminta buah fikiran untuk mengatasi permasalahan yang kami hadapi selama ini.

Aduan yang saya cuba bangkitkan adalah mengenai masalah lalat yang kini timbul semula di sekitar Kampung Masin. Malah, bilangannya semakin banyak sehinggakan pelekat perangkap yang digunakan dipenuhi oleh lalat. Bukan satu pelekat tetapi lima ke sepuluh pelekat yang digunakan setiap hari.

Perkara ini sudah kami adu melalui Talian 123, namun tiada balasan yang diberikan. Kami mohon pihak berkenaan supaya mengambil tindakan dengan segera demi menjaga kebersihan yang dapat membantu sedikit sebanyak membendung penularan wabak virus. – Penghapus lalat