Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Masalah penglihatan paksa Marquez tarik diri

    PARIS, 29 MAC – Juara dunia MotoGP enam kali Marc Marquez akan terlepas perlumbaan Grand Prix Argentina pada hujung minggu ini setelah mengalami penglihatan berganda sekali lagi ekoran kemalangan di Indonesia, kata pasukan Honda hari ini.

    Penunggang Sepanyol itu mengalami konkusi selepas nahas di Grand Prix Indonesia pada awal bulan ini, apabila jentera Hondanya berpusing dan terbalik ketika ia berkecai, sebelum dia mendarat di tangan kirinya dan menghantuk topi keledarnya di tanah.

    Marquez juga mengalami diplopia, atau penglihatan berganda, pada akhir musim lalu.

    “Pelumba Pasukan Honda tidak akan mengambil bahagian dalam pusingan Kejohanan Dunia MotoGP akan datang yang bakal diadakan pada hujung minggu ini di Argentina ketika ia meneruskan pemulihannya,” kata Honda dalam satu kenyataan.

    Pelumba berusia 29 tahun itu pada mulanya berkata masalah itu ‘kurang serius’ berbanding diplopia yang memaksanya terlepas dua perlumbaan terakhir musim 2021.

    Gambar fail menunjukkan Marc Marquez bersaing semasa Grand Prix Qatar di Litar Antarabangsa Lusail di bandar Lusail. – AFP

    Honda menambah hari ini bahawa Marquez telah pun menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif.

    Marques, yang menduduki tangga kelima dalam perlumbaan pertama 2022 di Qatar, telah bergelut dengan beberapa siri kecederaan dalam musim terbaharu ini.

    Dia terlepas hampir keseluruhan kempen 2020 selepas tangan kanannya patah dalam perlumbaan musim pembukaan.

    Marques juga tidak beraksi dalam dua Grand Prix pertama tahun lalu sebelum bergelut untuk kembali mencatat prestasi terbaiknya apabila dia pulang.

    Bagaimanapun, dia memenangi perlumbaan sebelum masalah diplopia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...