Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masalah peribadi jejaskan rekod Marquez

    MEXICO CITY, 31 Mei – Pemain veteran Mexico, Rafael Marquez bakal menyertai kelompok elit menerusi penampilannya dalam lima edisi Piala Dunia namun reputasinya ke Rusia tercemar dengan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah.

    Marquez yang membuat penampilan Piala Dunia buat pertama kalinya di Korea Selatan dan Jepun bagi edisi 2002 akan menyertai penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon; pemain tengah Jerman, Lothar Matthaeus dan juga penjaga gol senegara, Antonio Carbajal yang menjadi antara tiga pemain yang beraksi dalam lima edisi Piala Dunia.

    Namun di sebalik impian untuk menutup kempen Piala Dunia yang mungkin menjadi edisi terakhirnya dengan nada positif, pemain berusia 39 tahun itu kini terpalit dengan masalah peribadi dan juga masalah perundangan. Ogos lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mendakwa bekas pemain Barcelona itu menjadi ‘ketua’ bagi kumpulan penyeludupun dadah yang berpengkalan di Guadalajara, Mexico.

    Dengan visa Amerika Syarikatnya dibatalkan dan akaun bank Mexico turut dibekukan, Marquez berehat dari karier bola sepak selama hampir tiga bulan ‘turun naik’ ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah terbabit.

    Gambar bertarikh 29 Jun 2017 menunjukkan aksi Marquez semasa perlawanan menentang Jerman dan Mexico di Stadium Fisht di Sochi. – AFP

    Selepas memenangi keputusan mahkamah yang akhirnya membatalkan pembekuan beberapa akaun banknya, dia kembali beraksi di atas padang.

    Namun siasatan yang masih berjalan dilihat sedikit menjejaskan pemain tengah bertahan itu. Penaja pasukan kebangsaan Mexico termasuklah Coca Cola meminta supaya ia mereka tidak dikaitkan dengan Marquez malah dia turut menjalani latihan dengan jersi kosong.

    Namun, jurulatihnya, Juan Carlos Osorio menegaskan Marquez masih lagi seorang pemimpin yang berwibawa.

    “Di atas padang, kita tidak boleh nafikan bahawa dia adalah pemain yang memberikan sepenuhnya kepada pasukan,” kata Osorio. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda