THE HAGUE, 3 APRIL – Kereta api yang dikendalikan oleh rangkaian kereta api nasional terhenti di seluruh Belanda hari ini dengan apa dijelaskan oleh operator sebagai masalah teknikal.
Erik Kroeze, jurucakap bagi operator kereta api NS, berkata masalah tersebut adalah dalam sistem perisian perancangan. Dia berkata tiada petunjuk ia berpunca daripada serangan siber.
NS berkata kereta api akan terhenti sehingga 5 petang, sementara mereka cuba menyelesaikan masalah tersebut.
“Kami berusaha keras untuk memulihkan masalah ini, tetapi malangnya ia masih belum dapat dilaksanakan dan berapa lama situasi ini akan berterusan,” NS dalam kenyataan di laman sesawangnya.
Namun kereta api serantau yang dikendalikan oleh operator lain masih terus beroperasi, kata NS.- AP