Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mascherano: Kawal Higuain, Dybala

    TURIN, 11 April – Barcelona perlu mengekang gandingan profilik Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok, akui pemain pertahanan Barca, Mascherano (gambar).

    Juve akan bertemu Barca buat pertama kali sejak final 2015, apabila jaringan awal Ivan Rakitic menyebabkan skuad Massimiliano Allegri mendapat tugasan berat untuk bangkit sebelum kecundang 3-1 di Berlin.

    Hampir dua tahun kemudian, Juventus sudah jauh berubah tetapi penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon percaya bahawa mereka ‘lebih klinikal’, terima kasih kepada barisan bintang penyerang mereka.

    Bekas penyerang Real Madrid, Higuain menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Chievo hujung minggu lepas, dan Dybala juga terlibat dalam dua jaringan itu, untuk membawa jaringan keseluruhannya kepada 21 musim ini dan mengekalkan laluan Juve bagi gelaran Serie A keenam berturut-turut.

    Beberapa hari sebelum itu, Higuan juga menjaringkan dua gol menentang Napoli dalam Piala Itali untuk menempat tiket ke final menentang Lazio.

    “Kedua-duanya pemain yang sangat hebat, saya tahu mengenai kualiti mereka dan jelasnya kami perlu memberikan perhatian yang lebih kepada mereka,” kata Mascherano mengenai rakan sepasukannya dalam skuad Argentina itu.

    “Dengan satu gerakan, mereka boleh mengubah keseluruhan permainan. Mereka mendapat penghormatan kami.”

    Setentunya, Barca mempunyai bintang Argentina mereka tersendiri di barisan serangan iaitu Lionel Messi, bergandingan dengan Luis Suarez dan Neymar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda