Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mashhor GC adakan ‘Ops Kemas’

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 8 Feb – Syarikat Mashhor General Contractor (MGC) Sdn Bhd telah mengadakan Latihan Kecemasan 2017 yang dinamakan ‘Ops Kemas’ dengan kerjasama paramedik dari Perkhidmatan Ambulan Perubatan Kecemasan (EMAS) Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait diketuai oleh Haji Mohd Shahrin bin Haji Jumat.

    Latihan tersebut yang turut melibatkan penyertaan marsyal bomba syarikat tersebut serta pegawai dan kakitangannya, antara lain bertujuan untuk menguji Pelan Tindakan Kecemasan selain memantau kecekapan serta tindak balas marsyal bomba jika terbabit dalam situasi kecemasan di syarikat berkenaan.

    Antara yang menyaksikan latihan tersebut ialah Koordinator Krisis Kecemasan Syarikat MGC merangkap Korporat Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE), Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abd Latiff; Ketua Marsyal Bomba, Khairil Adli Capitan; On-Scene Commander, Arunn Thampy, Timbalan Pengarah Korporat Haji Osman bin Omar serta turut dihadiri oleh pegawai tumpuan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) daripada Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Sdn Bhd.

    Latihan itu juga bertujuan untuk memantau, menilai kecekapan dan kompetensi kakitangan marsyal bomba dan khidmat pertolongan cemas yang terlatih di syarikat tersebut dalam melaksanakan tugas mereka dan bagi memastikan waktu mengosongkan bangunan dalam jangka masa empat minit ditepati serta respons masa tindakan daripada pihak berkuasa dalam mengendalikan, mengawal dan menangani situasi kejadian.

    Senario kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian semasa Latihan Kecemasan ‘Ops Kemas’ diadakan oleh Syarikat MGC Sdn Bhd.
    Senario kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian semasa Latihan Kecemasan ‘Ops Kemas’ diadakan oleh Syarikat MGC Sdn Bhd.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda