Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Masih ada yang tidak didaftarkan Skim TAP, SCP

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Sebanyak 51 buah premis majikan telah diperiksa oleh pegawai-pegawai pemeriksa Tabung Amanah Pekerja (TAP) di mana seramai 12 orang pekerja tempatan didapati masih belum didaftarkan di bawah Skim TAP dan SCP.

    Majikan yang telah gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa lawatan telah pun diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan selanjutnya dan untuk memastikan pekerja-pekerja berkenaan didaftar serta dicarumkan.

    Dapatan itu merupakan hasil daripada Lawatan Operasi Sepadu TAP dengan kerjasama beberapa buah agensi dari jabatan kerajaan ke premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Perindustrian Anggerek Desa, baru-baru ini.

    Lawatan tersebut bermat-lamat untuk memastikan majikan telah menjalankan tanggungjawab bagi pendaftaran dan pembayaran caruman pekerja-pekerja tempatan ke dalam Skim TAP dan SCP selaras dengan Akta Amanah Pekerja (Penggal 167) dan Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan (SCP), 2009.

    Ia turut melibatkan pelbagai agensi dari Jabatan Bandaran, Jabatan Buruh, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, dan Unit Sukatan dan Timbangan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Pegawai-pegawai pemeriksa TAP ketika membuat lawatan di salah sebuah premis perniagaan. – Gambar serahan TAP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...