Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Masih banyak kerja yang perlu dilakukan – Ashleigh Barty

-

MELBOURNE, 30 JAN – Ashleigh Barty berkata dia berasa ‘rendah hati’ untuk disenaraikan dalam kelab tenis paling eksklusif dengan merangkul gelaran Grand Slam di tiga permukaan yang berbeza, tetapi berkata, “Masih ada kerja yang perlu dilakukan.”

Pemain berusia 25 tahun itu telah meraih pencapaian tersebut selepas menjadi juara di laman sendiri kali pertama di Terbuka Australia sepanjang 44 tahun apabila dia bangkit daripada ketinggalan 1-5 dalam set kedua perlawanan akhir kelmarin untuk menewaskan Danielle Collins 6-3, 7-6 (7/2).

Susulan daripada kejayaannya dalam Terbuka Perancis pada 2019 dan kejohanan Wimbledon pada tahun lalu, telah meletakkan dia sebagai pemain elit.

Di antara pemain aktif lain yang beraksi di kejohanan utama di dalam gelanggang adalah pemain legenda sukan seperti Serena Williams, Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic.

Barty dan Williams adalah merupakan dua pemain yang berjaya memenangi tiga Grand Slam pertama mereka di tiga permukaan berbeza.

Reaksi Ash Barty bergambar bersama Piala Memorial Daphne Akhurst selepas menewaskan Danielle Collins dalam perlawanan akhir perseorangan wanita pada kejohanan Terbuka Australia, 30 Januari. – AP

“Saya merasa sangat rendah hati untuk berada dalam kumpulan terpilih. Sejujurnya, saya tidak merasa seperti layak bersama juara-juara sukan kami itu,” kata pemain nombor satu berkenaan.

“Saya masih lagi banyak yang perlu dipelajari dan cuba memperhalus permainan saya serta mencuba setiap hari, dan juga menjadi lebih baik.”

Malah jurulatihnya, Craig Tyzzer kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh Barty.

“Saya rasa kita semua perlu duduk dan lihat sahaja apa yang dia mampu lakukan dalam kejohanan yang berbeza dan keupayaannya untuk bermain dengan tahap tenis yang dimilikinya,” katanya.

“Maksud saya, kadang-kadang saya kagum dengannya.” – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -