Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Masih cari anak harimau hilang

    ALBUQUERQUE, 11 SEPT – Seekor buaya, dadah, senapang dan wang tunai dirampas semasa satu serbuan dilakukan di dua buah rumah di Albuquerque pada bulan lalu, tetapi pegawai hidupan liar New Mexico berkata semalam mereka masih mencari seekor anak harimau yang dipercayai dipelihara sebagai binatang kesayangan.

    Penyiasat percaya harimau itu berada bersama seseorang di ‘New Mexico atau negeri berhampiran,’ kata pegawai pemuliharaan Jabatan Perhutanan dan Ikan New Mexico dalam satu kenyataan.

    Haiwan itu dipercayai berusia kurang satu tahun dan mempunyai berat 27 kilogram, tetapi harimau boleh membesar sehingga 272 kilogram, menurut jabatan, menggesa haiwan pemakan daging seperti harimau dan buaya boleh menimbulkan ancaman kepada orang awam.

    Buaya yang dirampas pihak berkuasa mempunyai 1 meter panjang. Ia dibawa ke fasiliti hidupan liar selepas pegawai pemuliharaan negeri dan persekutuan dan polis tempatan melancarkan penggeledahan pada 12 Ogos.

    Polis Albuquerque melaporkan seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan dan penyiasat merampas 2 paun heroin, 10.5 paun kokain, 49 paun marijuana, 17 raifal dan pistol, pil fentanyl dan Xanax, serta wang tunai berjumlah hampir AS$42,000. – AP

    Gambar serahan Jabatan Perhutanan dan Perikanan New Mexico menunjukkan harimau yang hilang di Albuquerque. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...