Masih dirawat kerana berpunca daripada COVID-19

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Satu-satunya kes aktif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang masih berada di Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC) selama berbulan-bulan telah didapati negatif dan bersih daripada COVID-19.

“Tetapi disebabkan penyakitnya berpunca daripada COVID-19, maka beliau masih berada di sana dan dirawat di NIC,” kata Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai pesakit itu yang dikemukakan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini. Menurutnya lagi, pesakit tersebut sudah pun negatif semenjak lebih sebulan yang lalu.

“Kami telah melakukan tiga ujian swabbing berturut-turut sebelum ini dan tiga-tiga (ujian tersebut) adalah negatif dan yang demikian beliau bersih dari COVID-19,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan.