Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Masing-masing takut kalah

    DOHA, 27 NOV – Banyak permainan berkesudahan dengan keputusan seri 0-0 dalam aksi Piala Dunia kali ini kerana masing-masing takut untuk kalah pada peringkat awal perlawanan, kata kumpulan teknikal FIFA pada Sabtu.

    Terdapat lima perlawanan tanpa jaringan dalam 20 perlawanan pertama di Qatar, hanya kurang dua perlawanan untuk menyamai rekod dalam Piala Dunia.

    Sebagai perbandingan, terdapat hanya satu perlawanan dengan keputusan seri 0-0 semasa edisi 2018 – iaitu antara Perancis dan Denmark.

    “Ini adalah kerana kebanyakan pasukan tidak mahu mengambil terlalu banyak risiko pada peringkat awal,” kata bekas pemain Nigeria, Sunday Oliseh.

    “Data yang lalu menunjukkan kira-kira 70 peratus daripada pasukan yang kalah pada perlawanan pembukaan mereka akan tersingkir di peringkat kumpulan.”

    Aksi antara Korea Selatan menentang Uruguay pada Khamis lalu merupakan perlawanan pertama tanpa tendangan tepat dalam sejarah Piala Dunia pada abad ini.

    “Banyak pasukan bergantung pada pendekatan penuh berhati-hati,” kata jurulatih veteran Itali, Alberto Zaccheroni.

    “Kebanyakan pasukan turun dengan lima orang pemain pertahanan dan bermain dengan sangat rapat dan kompak. Mereka mahu memastikan sekurang-kurangnya mendapat satu mata daripada perlawanan pertama, dan sekiranya berpeluang, cuba untuk memenangi keseluruhan permainan.”

    Selain daripada aksi 6-2 antara England dan Iran serta 7-0 antara Sepanyol dan Costa Rica, terdapat sangat sedikit gol dalam satu-satu perlawanan di Qatar berbanding dengan perlawanan semasa di Rusia (2018) atau Brazil (2014). – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...