Masjid Al-Aqsa dibuka semula

BAITULMAQDIS, 31 MEI – Kompleks masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis – tempat paling suci ketiga dalam Islam selepas Mekah dan Madinah di Arab Saudi – dibuka semula hari ini selepas ditutup selama lebih dari dua bulan kerana wabak koronavirus.

Berpuluh-puluh jemaah yang memakai penutup mulut dan hidung memasuki kompleks sebelum solat pertama hari ini, diadakan pada malam yang sejuk dan berangin.

Dengan sorakan “Takbir, kami akan melindungi Al-Aqsa dengan jiwa dan darah kami”, orang ramai berkumpul di hadapan pintu kayu masjid yang besar disambut oleh pengarah masjid, Omar al-Kiswani, yang mengucapkan terima kasih atas kesabaran mereka.

Ia diikuti dengan hari yang tegang berikutan rampasan Timur Baitulmaqdis, di mana perkarangan itu terletak.

Polis Israel kelmarin telah menembak mati seorang warga Palestin yang kurang upaya kerana disyaki membawa senjata, mencetuskan kemarahan dari rakyat Palestin.

Sebuah tapak keagamaan, yang menempatkan masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock, telah menutup pintunya pada bulan Mac sebagai sebahagian daripada langkah mengatasi penyebaran COVID-19. – AFP