Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Baharu RPN Kg Mengkubau hampir sedia digunakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Penduduk Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Mengkubau dan sekitarnya, serta berberapa agensi kerajaan telah menyertai dalam Majlis menyertu Bangunan Masjid Baharu di kawasan perumahan berkenaan hari ini.

    Hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Bangunan masjid baharu yang dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 8 ekar itu menggunakan peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara berjumlah $4.3 juta.

    Keseluruhan kapasiti Masjid Baharu Rancangan Perumahan Negara Kampung Mengkubau ini boleh menampung kira-kira 2000 orang jemaah.

    Antara kemudahan yang disediakan di masjid tersebut termasuk dewan sembahyang utama lelaki, dewan sembahyang perempuan, tandas dan tempat wudhu lelaki dan perempuan, tandas Orang Berkeperluan Khas lelaki dan juga perempuan.

    Selain itu, masjid berkenaan turut dilengkapi dengan bilik kuliah, bilik perpustakaan, pejabat pentadbiran, bilik sistem PA, bilik pengurusan jenazah, stor dan kelengkapan serta tempat letak kereta.

    Turut hadir menyertai dalam majlis berkenaan, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Profesor Madya Dr Haji Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani; dan pemangku timbalan-timbalan di KHEU.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim turut sama membersihkan masjid berkenaan.

    Sekitar suasana  gotong-royong membersihkan masjid berkenaan.

    Masjid RPN Kampung Mengkubau yang sedang dibersikan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda