Masjid besar Hagia Sophia Turki adakan solat tarawih pertama

ISTANBUL, 31 MAC – Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan, lapor agensi Anadolu (AA).

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID di Turki untuk mengelak risiko jangkitan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudah pun divaksin dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.

Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. – Bernama