Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Masjid Cannes ditutup akibat kenyataan anti-Semitik

    PARIS, 12 JAN – Menteri dalam negeri Perancis berkata hari ini, beliau telah mengarahkan penutupan sebuah masjid di Riviera Perancis kerana kenyataan anti-Semitik yang dibuat di sana.

    Gerald Darmanin berkata masjid di bandar tepi pantai Cannes yang megah itu juga bersalah kerana menyokong CCIF dan BarakaCity, dua persatuan yang dibubarkan kerajaan pada akhir tahun lalu kerana menyebarkan propaganda Islam. Darmanin memberitahu penyiar CNews bahawa dia telah berunding dengan datuk bandar Cannes, David Lisnard, sebelum menutup masjid tersebut.

    Tindakan itu dibuat dua minggu selepas pihak berkuasa menutup sebuah masjid di utara negara itu kerana sesuatu yang disifatkan sebagai radikal dakwah imamnya. Masjid di Beauvais, sebuah bandar berpenduduk 50,000 orang kira-kira 100 kilometer di utara Paris, ditutup selama enam bulan kerana khutbah di sana menimbulkan kebencian dan keganasan serta ‘mempertahankan jihad’, kata pihak berkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...