Masjid dibuka tiga malam di Iran

TEHRAN, 12 MEI – Iran akan membuka semula masjidnya selama tiga malam pada minggu depan supaya jemaah boleh bersolat semasa salah satu acara paling suci dalam tahun, kata menteri hari ini.

Republik Islam itu menutup masjidnya pada Mac sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengekang wabak koronavirus.

Pembukaan semula diluluskan untuk Lailatul Qadar – acara kemuncak bulan Ramadan yang menandakan apabila Al-Quran diturunkan kepada Nabi Mohammad SAW.

Namun Menteri Kesihatan Saeed Namaki mengingatkan ketika beliau mengumumkan bahawa jemaah dibenarkan mengunjungi masjid selama tiga daripada lima malam berikutnya.

“Kesilapan terbesar adalah memikirkan koronavirus sudah berakhir,” ujar beliau dalam kata-kata yang disiarkan di televisyen negeri.

“Pada bila-bila masa, kami boleh kembali kepada situasi teruk’ disebabkan ‘kecuaian,’ kata Namaki.

“Dasar utama kami adalah mengadakan majlis di luar’ seperti ‘dalam stadium’, kata beliau, ‘supaya penjarakan sosial boleh diamalkan.”

Namaki berkata kementeriannya bersetuju dalam satu mesyuarat untuk membantu ‘menganjurkan majlis dari tengah malam sehingga pukul 2 pagi pada malam Qadar.”

“Semua perhimpunan perlu menghormati “protokol kebersihan maksimum,” tambah beliau.

Namun beliau mengingatkan: “Mereka tidak patut menyalahkan kementerian kesihatan dan berkata mereka mahu membuka masjid tetapi tidak peduli mengenai kesihatan penduduk.” – AFP