Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Masjid Isfahan rosak semasa kerja pembaikan

    TEHRAN, 18 JULAI – Masjid ikonik berusia 400 tahun di bandar Isfahan tengah Iran yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia PBB telah rosak semasa kerja-kerja pembaikan, kata para pegawai hari ini.

    Masjid Shah abad ke-17 juga dikenali sebagai Masjid Diraja telah dibina semasa ‘era emas’ Isfahan, bandar semasa dinasti Safavid.

    “Para penyelia dan pembaik pulih menyedari adanya kerosakan, terutama di bahagian atas kubah,” kata Alireza Izadi, ketua tapak warisan bagi bandar itu, menurut media kerajaan.

    Masjid itu membentuk satu daripada empat bangunan dramatik di Medan Naghsh-e Jahan di nadi bandar itu, juga dikenali sebagai Meidan Imam.

    Kompleks medan itu disenaraikan oleh Organisasi Kebudayaan PBB, UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1979.

    UNESCO berkata masjid itu ‘luar biasa’ dan ‘kekal menjadi contoh arkitek termasyhur yang mencapai puncaknya di Iran di bawah dinasti Safavid’.

    Pakar-pakar dipetik dalam media Iran mengatakan rekaan bunga pada jubin yang dipulihkan tidak sepadan antara satu sama lain, dan corak kubah tidak sejajar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...