Masjid Kg Kilanas akhiri majlis dikir

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW yang disambut pada setiap 12 Rabiulawal, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas telah mengadakan Dikir Maulud Nabi Muhammad SAW selama 12 malam berturut-turut yang berakhir dengan majlis penutup, hari ini.

Majlis penutup dikir berkenaan diikuti dengan majlis penyerahan derma kepada anak-anak yatim bagi tadahan kawasan kampung berkenaan. Pada tahun ini, seramai 20 orang anak yatim kampung berkenaan menerima sumbangan daripada masjid berkenaan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.

Hadir ke majlis berkenaan dan menyerahkan sumbangan derma kepada anak-anak yatim ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Antara yang hadir pada Majlis Penutup Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhamamd SAW bagi tahun 1441 Hijrah di Masjid Kampung Kilanas.