Masjid RIPAHS anjur ceramah khas

Oleh Syahmi Hassan

Jawatankuasa Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) Rimba Gadong telah menganjurkan Ceramah Khas Awal Tahun Hijrah 1442H/2020M baru-baru ini di masjid tersebut.

Ceramah berkenaan yang disampaikan oleh penceramah undangan, Haji Anwari bin Haji Rawee dihadiri oleh para jemaah masjid dan penduduk sekitar Kampung Rimba. – Gambar ihsan Masjid RIPAHS