Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 dan Sambutan Ulang Tahun Pembukaan Masjid ke-8.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Awang Nuzli bin Haji Jumaat dan Awang Mohd Khaizuan Amali bin Haji Kamsani.
Kemudian, majlis diteruskan dengan jawatankuasa takmir masjid menghulurkan sumbangan untuk anak-anak yatim bagi Kampung Madang dan Kampung Manggis kepada Ketua Kampung Madang, Haji Emran bin Haji Ismail dan Pemangku Ketua Kampung Manggis, Awang Omar bin Alli.