Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid terima wakaf kereta jenazah

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 17 Mac – Bagi memudahkan penduduk Mukim Kiudang dan sekitarnya untuk menyempurnakan jenazah, sebuah kereta jenazah telah diwakafkan pada majlis penyerahan wakaf kereta jenazah yang diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, Kampung Telisai, petang tadi.

    Kereta jenazah itu telah diserahkan pewakaf kepada tetamu kehormat majlis, Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh. Beliau juga menyerahkan replika kunci kepada ketua imam masjid tersebut, Haji Mahri bin Haji Metusin.

    Tetamu kehormat seterusnya merenjis bunga rampai dan Doa Selamat kemudian dibacakan oleh Imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Haji Abdul Aziz bin Badul.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esong; pemangku penolong pengarah Hal Ehwal Masjid, penghulu Mukim Kiudang dan ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan Jemaah.

    Tetamu kehormat merenjis bunga rampai.
    Tetamu kehormat merenjis bunga rampai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda