Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail projek perintis RIH

KUALA PERLIS – Buat pertama kalinya Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipilih sebagai projek rintis Rumah Ibadah Hijau (RiH) di Kuala Perlis.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perlis, Ruzaini Rais berkata, masjid tersebut dipilih kerana kedudukanya yang strategik dan menjadi tumpuan pelancong ke negeri itu.

“Usaha ini menjadi projek rintis sebagai langkah awal memperkenalkan teknologi hijau kepada orang ramai khususnya kariah masjid di samping menarik golongan muda untuk terlibat sama melestarikan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesedaran Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar Peringkat Masjid Negeri Perlis di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Green Technology & Climate Change Corporation (MGTS) Ts, Shamsul Bahar Mohd Nor.

Ruzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berseri berkata, kerajaan negeri memandang positif perkara itu dan ia akan dibangunkan secara berperingkat ke beberapa lagi masjid di negeri itu.

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipilih sebagai projek rintis Rumah Ibadah Hijau di Kuala Perlis. – Agensi

Beliau juga berkata bahawa pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan usaha membangunkan teknologi hijau di Perlis dan akan bersama dengan mana-mana pihak berkaitan bagi menyokong usaha berkenaan demi kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, Shamsul Bahar memberitahu sehingga kini hampir 15 buah masjid di seluruh Malaysia telah memulakan perbincangan bagi penggunaan teknologi hijau dan dijangka 100 buah masjid lagi akan turut sama dalam usaha ini.

“Program RIH ini diperkenalkan bagi memberi panduan dan sokongan dalam membantu masjid dan surau mengaplikasi teknologi hijau yang mampu memberi penjimatan  kos bil utiliti,” katanya.

Beliau berkata. MGTS dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) turut menyediakan saluran dana khas menerusi Tabung Wakaf Masjid Hijau bagi membantu membiayai pembangunan sistem teknologi itu di peringkat masjid.

“Pada peringkat awal kita sasar sebanyak RM1 juta setahun dikutip menerusi tabung ini dan setiap tahun 100 buah masjid akan dipilih untuk menerima dana bagi pembangunan teknologi hijau,” katanya.

Shamsul  Bahar menambah bahawa pihaknya juga bercadang untuk memperkenalkan penggunaan basikal elektrik kepada imam masjid bagi menggalakkan orang ramai mengguna teknologi hijau. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -