Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Masli raih gangsa

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Atlet petanque Brunei, Masli bin Haji Mohd Said mengharumkan nama negara selepas menang pingat gangsa dalam Kejohanan Petanque Asia 2022 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

    Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Petanque Thailand yang disokong oleh Konfederasi Sukan Boule Asia. Brunei Darussalam telah menyertai dalam acara Shooting Lelaki, Shooting Wanita, Triple Lelaki, dan Triple Wanita.

    Semasa dalam pusingan kelayakan, Masli berada di ranking keenam keseluruhan dengan mencatatkan 20 mata, sekali gus memberikannya kedudukan di pusingan suku akhir.

    Seterusnya, dalam pusingan suku akhir, Masli berjaya mengalahkan atlet Vietnam, Ly Ngoc Tai 23-22 dalam perlawanan yang sengit.

    Kemenangan tersebut membolehkan Masli mara ke peringkat separuh akhir dalam kategori Lelaki Shooting sebelum tewas 25-33 kepada atlet Thailand, Sarawut Sriboonpeng. Dia berkongsi kedudukan podium dengan atlet Jepun, Mizumoto Toshiyuki yang juga mendapat pingat gangsa. Pingat emas dimenangi oleh atlet Kemboja, Thong Chhoeun manakala Sriboonpeng menang pingat perak.

    Pencapaian atlet kebangsaan itu sejajar dengan pencapaian pingat pertama negara dalam peringkat Asia yang disumbangkan oleh trio Allahyarham Haji Yusof bin Mohammad, Hamidun bin Haji Abdul Hamid dan Zunaidi bin Haji Ali pada tahun 2012. Bagi kategori Shooting Wanita, atlet Brunei, Wedy Nurul Suzuna binti Luon mara ke peringkat suku akhir sebelum dia ditewaskan 22-3 oleh atlet Vietnam, Thach Thianhlan.

    Manakala pasukan negara bagi acara Triple Lelaki, Mazlan bin Haji Yahya, Wirna bin Haji Mohamad Yassin, Masli bin Haji Mohd Said dan Zunaidi bin Haji Ali layak untuk mara ke peringkat suku akhir selepas mendapat tempat kelapan daripada 14 pasukan, sebelum disingkirkan oleh pasukan Thailand dengan keputusan 13-4.

    Hadir bagi memberi sokongan kepada kontinjen negara ialah Presiden Persatuan Petanque Brunei Darussalam (BDPF), Haji Mohamad bin Penglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dan ketua delegasi Brunei Darussalam, Hajah Norhaini binti Haji Dollah.

    Masli bergambar bersama pingat yang dimenanginya. – Gambar serahan Persatuan Petanque Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...