Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Massuny juara Battle of Heaven Layer

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan DBoysBeys

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Massuny bin Haji Mohid dari Pasukan Underground Beys berjaya merangkul johan dan naib johan bagi Pertandingan Battle of Heaven Layer yang dianjurkan oleh Underground Beys baru-baru ini.

    Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Awang Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin dari Pasukan Santai Aja Bladerz, manakala Harris Abdullah dari pasukan Jakusha Bladerz menduduki tempat keempat.

    Hadiah-hadiah sagu hati bagi lapan peserta teratas masing-masing telah dimenangi oleh UG Paridah, SA Julkarnain, JB Aediesopian.

    Pertandingan yang diadakan di Jalan Wasai Limuru, Tanah Jambu itu memberi peluang kepada pasukan-pasukan Beyblade mengumpul mata liga (bagi memilih pasukan terbaik) yang dijadualkan akan berakhir pada penghujung bulan Februari depan.

    Gambar ramai peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
    Massuny bergambar bersama hadiah pada pertandingan Battle of Heaven Layer baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...