Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Massuny juara pertandingan Beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Massuny bin Haji Mohid daripada Pasukan Undergroundz X (UGX) muncul juara pertandingan Beyblade X Unicorn Sting setelah menewaskan Julkarnain bin Haji Husin dari Pasukan SA Bladers (SAB), 6-5 dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran UGX yang diadakan di Jalan Wasai Limuru Utara.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Aediesopian bin Haji Ismail daripada Jakusha Bladers (JB) dan tempat keempat disandang oleh Mimi Nazuwan bin Ibrahim juga daripada Pasukan JB.

    Sementara itu, hadiah saguhati lapan teratas disandang oleh Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Pasukan DBoys Beys (DB), Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan JB, Mohamad Alim bin Raduan daripada Pasukan DB dan Muhd Luqman bin Haji Kamaludin daripada Pasukan SA Bladerz (SA).

    Dalam perebutan Liga JB bagi tahun 2024/2025, Pasukan JB memperolehi 159 dan Pasukan DB, 155 mata diikuti Pasukan SA, 135 mata dan Pasukan UGX memperolehi 81 mata.

    CAP

    Sesi bergambar ramai semasa pertandingan berkenaan.
    Massuny bergambar bersama hadiah yang dimenanginya semasa pertandingan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN DBOYS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda