Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Master G raih kemenangan pertama

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 SEPT – Master G telah memperoleh kemenangan pertama menentang Gold United, diadakan pada 9 September di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru di Seria.

    Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Master G Collection dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA), bertujuan memberi peluang kepada pemain bola keranjang di Daerah Belait serta jurulatih dan pengadil untuk mengasah lagi kemahiran dan bakat mereka dalam sukan tersebut.

    Secara keseluruhan, tiga pasukan telah mendaftar untuk bersaing dalam pertandingan itu yang merangkumi pasukan Master G, Gold United dan Hana Boyz.

    Sebagai pengerusi pengelola kejohanan, Glen Chong mengimbas kembali bagaimana dia dibantu pada masa lalu ketika dia mengembangkan kemahirannya dalam bola keranjang, kini ingin menyokong dan mengasuh bakat pemain bola keranjang untuk masa akan datang.

    Beliau juga turut merasmikan permulaan kejohanan dengan melambungkan bola pada perlawanan pertama yang menyaksikan Master G menentang Gold United.

    Perlawanan pertama bermula dengan Master G memperoleh pendahuluan pada suku pertama, dengan kelebihan 17 mata, yang diteruskan ke suku kedua apabila Master G mendahului dengan jaringan mata 56-33.

    Walaupun momentum secara perlahan memihak kepada Gold United, Master G berjaya mempertahankan jurang mata awal mereka dengan perlawanan berakhir dengan kemenangan 86-60.

    Dengan perlawanan pertama kejohanan itu diadakan, beberapa perlawanan seterusnya akan diadakan setiap hari Rabu dan Jumaat di gelanggang bola keranjang tersebut sehingga 23 September ini.

    Pemain kedua-dua pasukan bergambar ramai sebelum perlawanan di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru di Seria baru-baru ini. – Gambar serahan AJK Kejohanan Bola Keranjang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...