Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masuk percuma

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 tahun, Pasukan Brunei DPMM FC mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi menyaksikan perlawanan menentang Albirex Niigata (S) FC esok (7 Ogos)secara percuma.

    Perlawanan menentang pendahulu Liga Perdana Singapura Great Eastern – Hyundai 2018 itu akan bermula pada jam 8.15 malam dan orang ramai disyorkan datang lebih awal bagi mendapatkan tempat duduk yang lebih selesa.

    Orang ramai juga dihasratkan untuk mematuhi peraturan dan arahan pihak berkuasa yang bertugas di dalam Stadium Negara Hassanal Bolkiah bagi memastikan perlawanan berjalan lancar dan jayanya.

    Setakat ini Brunei DPMM FC berada di kedudukan keempat liga dengan kelebihan tiga perlawanan dan enam mata di belakang saingan terdekatnya yang berada di tempat ketiga iaitu Pasukan Home United.

    Brunei DPMM FC kini mengumpul 26 mata dengan tujuh kemenangan, lima seri dan empat kalah dan mempunyai baki perlawanan menentang Geylang International pada 11 Ogos 2018, Young Lions pada 15 Ogos 2018, Hougang United pada 18 Ogos 2018 dan perlawanan terakhir menentang Warriors FC pada 15 September 2018 nanti.

    Penjaring terbanyak Pasukan Brunei DPMM FC adalah pemain import yang berasal dari Ukraine, Volodymyr Pryyomov selepas mengumpul 12 jaringan manakala Adi Said berada di tempat kedua dengan sembilan jaringan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda