Masyarakat awam terus prihatin

Oleh Sim Y. H. & Salawati Haji Yahya
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Sejumlah $20,000 telah disumbangkan oleh Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan anak syarikatnya (Takaful Brunei) untuk Tabung Bantuan COVID-19, hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Dato Haji Jaya kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut menerima sumbangan daripada 19 penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang peribadi yang menghulurkan sumbangan pada 6 dan 8 September.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, penderma-penderma berkenaan ialah Awang Abdul Muiz bin Haji Murni yang menyumbangkan baju lelaki dan perempuan serta sejadah; Christopher Ong menyumbangkan scrubs dan pelindung muka; Fayze Dept Store Salambigar menyumbangkan minuman ringan dan biskut; Ummi Trading Company menyumbangkan pelitup muka dan pelindung muka; Kainstar BN menyumbangkan scrubs; Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) yang menyumbangkan medical scrubs; dan Wahidah Yuzof yang menyumbangkan beg sampah, universal wipes, pensanitasi tangan, kertas A4 dan disinfektan lantai.

Dayang Hazimah Mahmud pula menyumbangkan pesanitasi tangan, Minyak Telon Bebiku, barangan mandian, pencuci tangan, lampin, pelitup muka, biskut, cawan plastik, minuman kotak dan piring plastik; Wee Ling Hui yang menyumbangkan baju kemeja T dan seluar panjang; Hayati dan keluarga menyumbangkan oven gelombang mikro; Alya & Hakeem yang menyumbangkan kem; Shadina menyumbangkan pelindung muka dan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam menyumbangkan pelitup muka.

Sementara itu, Mawar Organization menyumbangkan pelindung muka; Asmali Haji Mohd Ali menyumbangkan air minum; Tina Yahya menyumbangkan kertas A4, pen papan putih dan pita pelekat; MKM Brunei menyumbangkan tuala, baju kemeja T, seluar panjang, pen papan putih, pita kuning, selipar, gunting, pita pelekat, cawan plastik, beg plastik, kertas A4 dan penapis air; Sam Chin May yang menyumbangkan bantal dan jaring rambut serta Dewan Bahasa dan Pustaka menyumbangkan buku atau majalah, pensil warna, buku lukis dan krayon.

Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan supaya berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

Haji Shahrildin menyerahkan sumbangan daripada Takaful Brunei kepada Haji Maswadi, kelmarin.
Dewan Bahasa dan Pustaka menyumbangkan buku atau majalah, pensil warna, buku lukis dan krayon.
Sumbangan daripada Fayze Dept Store Salambigar.