Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masyarakat berkualiti aset negara

    Oleh Yusrin Junaidi & Hajah Saemah Kipli

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Dengan adanya ciri-ciri masyarakat yang berkualiti, ia bukan sahaja mewujudkan keharmonian dan keamanan bahkan menjadi aset yang penting kepada sesebuah negara.

    Pengawasan kejiranan (PK) merupakan salah satu platform yang difikirkan dapat mewujudkan hubungan yang erat sesama masyarakat.

    Program PK melalui program pendekatan telah diungkayahkan oleh anggota daripada Unit PK Balai Polis Kuala Belait bersama ahli-ahli PK Kampung Pandan A, yang turut disertai oleh Ketua Kampung Pandan A, Haji Sulaiman bin Udin.

    Manakala di Daerah Brunei dan Muara, tiga sesi lawatan pendekatan juga telah dibuat oleh anggota Unit PK dari Balai Polis Muara dan Balai Polis Berakas ke rumah-rumah ketua kampung.

    Program PK melalui program pendekatan telah diungkayahkan oleh anggota dari Unit PK Balai Polis Kuala Belait.
    Lawatan pendekatan ke rumah Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri Kawasan 1.

    Lawatan pendekatan telah dilaksanakan ke rumah Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri Kawasan 1, Pengiran Haji Aliuddin bin Pengiran Haji Damit; Ketua Kampung Jaya Setia / Jaya Bakti / Ketua Kampung RPN Rimba Kawasan 2 dan Pemangku Ketua Kampung Burung Pinggai Berakas, Haji Nordin bin Haji Abu Bakar.

    Dengan hubungan kejiranan yang terjalin ini juga mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dalam membentuk satu jaringan komuniti bagi sama-sama beganding bahu membantu mencegah dan membanteras kegiatan jenayah di kawasan tadahan kampung masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda