Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masyarakat luar terus hulur bantuan

    PALU, Sulawesi Tengah, 26 Okt – Hampir sebulan diuji dengan gempa bumi dan tsunami, desa yang paling terjejas teruk, Kampung Petobo di Palu, di sini tidak sunyi menerima kunjungan masyarakat setempat dan luar yang memberi bantuan.

    Ibarat lenyap ditelan bumi, begitulah gambaran keadaan Kampung Petobo yang sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 2,000 mangsa dipercayai masih tertimbus dalam tanah berlumpur dan belum ditemui.

    Ketika tinjauan ke Kampung Petobo, krew Bernama News Channel yang menyertai misi bantuan Global Peace Mission (GPM) Malaysia turut melawat Sibalaya, Balaroa dan Jono Oge, antara kawasan yang terjejas teruk berikutan gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter yang menggoncang Sulawesi Tengah pada 5.02 petang, 28 Sept yang turut menyebabkan tsunami setinggi tiga meter di pantai Palu.

    Keempat-empat desa Sulawesi Tengah ini dikesan mengalami fenomena tanah mencair atau ‘likuifaksi’ yang meranapkan ribuan rumah dalam tempoh waktu yang singkat.

    Seorang penduduk tempatan, Salmi Hasan berkata, beliau datang ke Kampung Petobo kerana ingin melihat sendiri kejadian yamg disifatkan sebagai amat dahsyat itu. – Bernama

    Keadaan Kota Palu yang musnah akibat bencana tsunami dan gempa bumi bermagnitud 7.5 skala Richer pada 28 September lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda