Masyarakat terpencil di kawasan Artik

Oleh Saide Whitelocks

SAMBIL berjalan di sepanjang jalan yang bertanah di pekan Qctaaq di utara Qaanaaq, Greenland, saya melewati seorang lelaki di mana begnya dipenuhi dengan isi ikan paus yang sudah dicincang. Dia memaklumkan kepada saya bahawa ia sebenarnya isi ikan paus Narwal.

Ikan paus ini merupakan salah satu spesies ikan paus yang jarang sekali dilihat apatah lagi di kawasan lautan. Apa yang menarik tentang ikan paus ini ialah gading yang menonjol dari kepalanya sehingga ia turut dipanggil sebagai ‘Unicorn of The Sea’.

Walaupun ia dikenali sebagai spesies laut yang sangat jarang ditemui namun di kawasan perairan Qaanaaq, ikan paus ini diburu disebabkan isinya yang tebal dan ikan paus ini merupakan sumber makanan utama bagi masyarakat Inuit.

Setiap kali saya berpaling meneliti setiap kawasan, saya akan melihat beberapa orang penduduk sedang memegang serpihan gading yang diperoleh daripada ikan paus Narwhal. Penduduk tempatan juga menunjukkan kepada saya usus ikan paus Narwhal yang sedang mengering di bakul pembersihnya.

Manakala kulit ikan paus tersebut yang sudah kering dapat digunakan untuk membuat pakaian, memandangkan kulit ikan paus tersebut mempunyai tekstur yang keras dan kalis air. Sebelum saya berlalu pergi, salah seorang penduduk mengeluarkan gading ikan paus Narwhal yang berukuran enam kali panjang.

Salah seorang penduduk memegang gading ikan paus Narwhal yang panjang dan keras. – Agensi
Ikan paus Narwhal sangat terkenal di kawasan Artik dan jarang sekali dilihat di lautan lain di dunia. – Agensi

Qaanaaq terletak di kawasan utara Greenland dan merupakan salah satu kawasan yang terpencil di dunia. – Agensi

Sebelum ini, saya pernah mengembara ke kawasan Artik untuk melihat beberapa ekor ikan paus Narwhal dan saya turut mencuba pakaian tradisional Inuit yang dibuat daripada kulit ikan tersebut.

Manakala makanan istimewa tempatan yang sering diamalkan di tempat ini dikenali sebagai Muktuk. Makanan ini agak sedikit sukar untuk ditelan dan berwarna merah jambu serta mempunyai tekstur seperti plastik.

Makanan keperluan

Walaupun ia tidak menepati cita rasa saya, namun makanan ini merupakan satu keperluan bagi masyarakat ini yang tinggal di kawasan pedalaman Artik dan makanan ini diperkaya dengan sumber vitamin C dan lemak berminyak. Penulis juga turut menyaksikan beberapa orang penduduk di kawasan itu menggunakan setiap isi ikan paus tersebut.

Seorang lelaki dan wanita tempatan melakukan tarian tradisional di luar sebuah muzium kecil di Qaanaaq dengan memakai jaket yang diperbuat daripada kulit anjing laut, di mana jaket ini melindungi badan mereka daripada terdedah dengan keadaan yang sejuk. Lelaki itu juga memakai kasut yang diperbuat daripada bulu beruang kutub.

Selain daripada anjing laut dan ikan paus, mamalia darat juga turut menjadi buruan dengan kuota yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Greenland bagi memastikan penduduk di tempat itu memperoleh sumber makanan yang mencukupi.

Sekali lagi, penduduk di kawasan itu tidak akan meninggalkan secebis pun sisa-sisa haiwan yang diburu dan saya diberitahu bahawa tulang kecil yang dipegang oleh seorang wanita yang kelihatan menari-nari ketika itu merupakan serpihan tulang daripada beruang kutub.

Saya telah diberitahu mengenai perkara itu oleh seorang penduduk asli di kawasan itu, yang juga merupakan cucu-cicit keturunan bernama Aleqatsiaq Peary, dikenali sebagai seorang pengembara dari Amerika Syarikat dan merupakan individu pertama yang tiba di kutub utara pada tahun 1909.

Peary dan rakan ekspedisinya, Matthew Henson, yang kedua-duanya berasal dari kalangan masyarakat Inuit dan Profesor Harvard, Dr Allen Counter berusaha keras untuk mencari dan mengenal pasti lebih lanjut keturunan mereka.

Peary fasih berbahasa Inggeris kerana dia sering menonton banyak filem-filem Inggeris.

Sejarah Qaanaaq

Pemuda yang berumur 35 tahun itu merupakan seorang individu yang berpengaruh di kawasan itu. Saya telah menyaksikannya menyanyi di dalam sebuah gereja dan berjalan-jalan bersama neneknya yang berusia 83 tahun, Pauline selepas itu.

Pauline merupakan legasi keluarga Peary dan seperti cucunya, dia juga mempunyai penyakit keturunan. Peary yang tinggal di Denmark dan juga di Greenland berkata dia tidak dapat meninggalkan kawasan pedalaman Qaanaaq sejak tempat itu dihuni semasa musim sejuk pada tahun 1953 ketika Amerika Syarikat mengembangkan lagi pangkalan udara di kawasan yang berdekatan dan memindahkan penduduk secara paksa. Kawasan terpencil ini mempunyai sekitar 620 orang penduduk dan mempunyai segala-galanya, katanya.

“Saya berasa gembira kerana penjelajah Peary telah membawa saya ke sini,” katanya. “Di sini, kami memakan makanan tempatan. Saya suka daging anjing laut. Kami mengambil ususnya dan menanamnya di dalam tanah, selepas sebulan, kami akan menggalinya kembali,” jelasnya.

“Sebelum ini saya suka memburu namun kini ia agak berkurangan disebabkan oleh penyakit Parkinson, sekali gus menjadikan aktiviti menjadi lebih sukar. Sebab itu saya suka muzik dan nyanyian,” tambahnya.

Walaupun saya tidak pasti tentang corak pemakanan di kawasan ini namun kawasan ini mempunyai persekitaran yang mendamaikan dan aman.

Kawasan ini memancarkan ketenangan dan kebanyakan penduduk di sini juga ramah. Saya berjanji untuk kembali semula ke kawasan ini satu hari nanti.