Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masyarakat Tionghua meriahkan pentas perayaan

    Oleh Sim Y. H.

     

    TUTONG, 23 Julai – Pelbagai persembahan menarik terus diadakan untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun di pentas persembahan Tutong.

    Masyarakat Tionghua Tutong tidak ketinggalan untuk mengadakan persembahan kebudayaan yang berlangsung di Pentas Persembahan Tutong pada 21 Julai lalu dengan dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim selaku tetamu kehormat. Acara persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu berjudul ‘Selamat Hari Keputeraan’ dan diikuti dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Persembahan, Soon Seng Lee.

    Semasa acara itu, pelbagai persembahan menarik telah diatur antaranya persembahan tarian dan nyanyian dari Sekolah Chung Hwa, Tutong dan Sekolah Chung Hwa Kiudang serta nyanyian daripada artis-artis tempatan dan ahli-ahli Persatuan Taichi Daerah Brunei dan Muara.

    Persembahan tarian tradisional daripada pelajar-pelajar Sekolah Chung Hwa di majlis berkenaan.
    Persembahan tarian tradisional daripada pelajar-pelajar Sekolah Chung Hwa di majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda