Masyarakat Tunisia guna jamu herba cegah koronavirus

TUNIS – Belum ada penawar khusus untuk mengubati virus wabak COVID-19, tetapi di souk perubatan herba di Tunis, masyarakat Tunisia sedang berunding dengan pakar herba dan membuat stok ubat-ubatan tradisional.

  “Saya bimbangkan bapa saya, yang sudah tua dan sakit, jadi saya datang ke sini untuk mencari tumbuhan untuk meningkatkan imunitinya,” kata Baya, seorang penjawat awam berusia 43 tahun.

Di tengah-tengah bandar lama, orang Tunisia berduyun-duyun ke Souk el-Blat dan gerai herba, di mana kepingan-kepingan, serbuk-serbuk dan herba-herba kering ditompok tinggi.

Ubat herba tempatan dan yang diimport secara tradisinya dihargai untuk menangkis selesema pada musim sejuk, yang berkongsi beberapa gejala yang sama dengan koronavirus itu. Wabak itu sudah pun membunuh lebih lebih 6,000 orang di seluruh dunia.

Akibat daripada kebimbangan terhadap penularan wabak tersebut, harga bawang putih melonjak kepada 25 dinar (lapan euro) sekilo, sementara pelanggan lain mencari ubat tumbuhan yang berkesan dan berpatutan. “Saya dapat memahami orang ramai kembali merujuk pada tradisi,” kata Hedi Oueslati, ahli farmakologi dan ketua pengarah kesihatan Tunisia.

Haj Mohamed, seorang penggiat perubatan herba Tunisia menunjukkan contoh ubat herba di kedainya di Souk el-Blat. – AFP

“Tetapi pada masa ini tiada ubat atau tumbuhan ajaib yang berkesan menentang koronavirus ini.”

Hedi menambah jika ubat tradisi tersebut tidak berbahaya dan tidak menimbulkan masalah, itu tidak menjadi masalah. Namun, perlu berhati-hati untuk tidak menimbulkan mudarat, tambahnya lagi. Dia juga memberikan amaran kepada sesetengah orang yang menggaut keuntungan dari kebimbangan awam untuk menjual ‘ramuan’ dengan ramuan yang tidak diketahui.

“Apa ubat yang boleh saya dapat untuk koronavirus?” tanya Hanen Oueslati (tidak ada kaitan dengan pengarah kesihatan) kepada penjual rosemary segar dan oregano.

“Saya mahu tumbuhan yang dapat mensterilkan rumah dan lain-lain untuk membuat campuran herba,” kata wanita berusia 38 tahun itu. “Matlamatnya adalah untuk melindungi kita, itu sahaja, terutamanya tiada ubat terhadap virus berkenaan,” katanya. “Orang Tunisia menyukai segala sesuatu yang tradisional dan semula jadi. Pada masa panik mereka mempercayai perubatan nenek moyang kita,” jelas Fethi Ben Moussa, seorang pakar herba berusia 61 tahun.

“Orang ramai meminta sesuatu untuk dipersiapkan di rumah seperti thyme, halia dan moringa,” katanya, mendakwa bahawa ia mampu mempertingkatkan imuniti. Di kedai lain, Haj Mohamed menawarkan persiapan halia, madu jujube dan kunyit yang dikatakannya, tanpa bukti sah, adalah ‘100 peratus berkesan terhadap virus.’

Pakar herba generasi kedua itu mendakwa gabungan itu adalah ‘bahan ajaib untuk melawan semua jenis selesema.’ Tetapi Dr Chokri Hamouda, ketua pengarah penjagaan kesihatan di Tunisia, memberi amaran bahawa hanya kerana ia semula tidak bermakna ia tidak berbahaya. – AFP