Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Masyrarakat antarabangsa kutuk serangan hotel di Somalia

    MOGADISHU, 21 OGOS – Masyarakat antarabangsa mengutuk serangan pengganas ke atas sebuah hotel popular di Mogadishu, ibu negara Somalia, yang mengorbankan lebih 20 orang dan mencederakan beberapa yang lain, lapor Xinhua.

    Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan di Mogadishu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) menyatakan solidariti dengan Somalia dalam memerangi keganasan selepas serangan terbaharu ke atas Hotel Hayat.

    “PBB mendoakan mereka yang cedera segera pulih, dan menyatakan solidaritinya dengan semua rakyat Somalia dalam menentang keganasan,” menurut wakil PBB di Somalia.

    Setiausaha Eksekutif IGAD, Workneh Gebeyehu mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dan blok Afrika timur akan terus meningkatkan kerjasama serantau serta antarabangsa untuk memerangi semua bentuk keganasan.

    EU turut mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas hotel itu dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas. Serangan itu sama sekali tidak akan menggugat usaha untuk membantu dan menstabilkan Somalia, menurut EU.

    Menurut laporan polis, pelampau meletupkan dua bom tangan di luar hotel berkenaan pada Jumaat petang sebelum menyerbu ke dalam bangunan tersebut dan menyerang pasukan keselamatan yang telah mengepung bangunan itu. – Bernama

    Seorang anggota pasukan keselamatan meletakkan garisan polis di kawasan kejadian, selepas lelaki bersenjata menyerbu sebuah hotel di ibu negara Mogadishu, Somalia. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...