Mat Fadhil juara Bintang Search 2021

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Mat Fadhil telah diumumkan sebagai juara Bintang Search 2021 semasa Grand Finale Bintang Search 2021 yang bersiaran di OOPs! YouTube, baru-baru ini.

Peringkat akhir tersebut yang menyaksikan lima peserta finalis berentap bagi merebut gelaran juara.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai $5,000 yang ditaja oleh imagine manakala finalis lainnya menerima hadiah wang tunai $1,000.

Mat Fadhil dipetik berkata, “Alhamdulillah. Saya berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan, penyokong, pengundi, para juri dan pihak produksi kerana sentiasa bersama saya sepanjang perjalanan Bintang saya.

“Ini adalah permulaan dan saya tidak sabar untuk mencipta lebih banyak muzik dan saya berharap awda semua akan terus menyokong kerjaya muzik saya,” ujarnya.

Menurut beliau, muzik telah menjadi impian seumur hidupnya dan beliau berterima kasih kepada Bintang Search kerana memberikan platform yang membolehkannya meneroka siapa beliau sebagai seorang artis.

Mat Fadhil dinobatkan sebagai juara semasa Grand Finale Bintang Search 2021, baru-baru ini. – Gambar serahan Bintang Search