Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Mathni Razak tolak cadangan cipta kontroversi

    Akui nama tidak begitu dikenali dalam industri seni, pelakon Mathni Razak bagaimanapun enggan mengambil langkah mudah dengan mencipta kontroversi demi meraih populariti.

    Meskipun ada beberapa saranan sebelum ini untuk dia berbuat begitu, Mathni, 33, tetap berpegang kepada prinsip hanya memberi tumpuan kepada kerjaya dan biarlah nama dikenali kerana hasil kerja bukannya cerita sensasi.

    “Ada beberapa orang yang datang kepada saya dan cadangkan untuk cipta sendiri kontroversi seperti mempunyai hubungan skandal atau buat perkara tidak elok supaya lebih dikenali.

    “Saya tidak berminat dengan semua itu. Lebih baik fokus kepada kerja sahaja. Saya tidak ada masa nak mencipta sendiri kontroversi semata-mata untuk popular.

    “Bagaimanapun saya tahu kontroversi boleh terjadi sendiri. Jika ia berlaku saya terima dan perlu berhadapan dengan baik,” katanya kepada wartawan.

    Mathni Razak enggan mengambil langkah mudah dengan mencipta kontroversi demi maraih populariti. – Agensi

    Dalam masa yang sama, Mathni juga mengelak jika dia diberi watak yang keterlaluan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan hasil lakonan.

    Menurut Mathni, dia akan cuba mengelakkan aksi yang keterlaluan melalui perbincangan dengan pengarah dan produksi.

    “Sebagai seorang pelakon memanglah kita perlu buat apa sahaja babak untuk menghidupkan jalan cerita. Bagaimanapun jika ia keterlaluan saya akan tolak.

    “Semua perkara boleh bawa bincang. Tak salah untuk bercakap dengan pengarah agar sesuatu babak itu tidak keterlaluan.

    “Saya boleh terima apa sahaja watak namun ada hadnya,” ujarnya.

    Terbaharu, Mathni muncul dalam drama berjudul Histeri The Series yang kini sedang ditayangkan di saluran televisyen.

    Bercakap tentang watak tersebut, kata Mathni ada babak yang mungkin akan menerima kecaman peminat dan sedia berhadapan dengan perkara itu.

    “Dalam cerita ini saya merupakan seorang tenaga pengajar yang ada skandal dengan pelajarnya. Adalah sedikit babak yang mungkin dilihat keterlaluan.

    “Jika ia dikecam nanti, saya sedia. Semua itu bergantung kepada fahaman penonton untuk menilai jalan cerita drama ini,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...