Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mati beku selepas pengsan dalam unit storan sejuk

    5 tahunTAIPEI, 18 April 2012 – Seorang pekerja pengedar farmaseutikal Taiwan pengsan dan mati kebekuan dalam sebuah unit storan sejuk di New Taipei, menurut laporan media setempat.

    Pan Shih-che, 34, baru sahaja bekerja di Baida Medical products Co selama sebulan apabila dia pengsan semasa cuba mendapatkan produk perubatan dari sebuah bilik storan sejuk,” lapor agensi berita setempat.

    Dia tidak memakai sebarang baju panas apabila dia memasuki unit di mana suhunya mencecah -25 darjah Selsius.

    Polis mengatakan Pan kemungkinan besar pengsan kerana pintu tertutup dan disekat oleh ais kering yang digunakan untuk menyejukkan unit itu terkoyak penutupnya, mengakibatkan karbon dioksida bocor.

    Mayatnya ditemui oleh seorang rakan sekerja yang menyedari dia hilang selama lebih dua jam. Pegawai keselamatan tempat kerja bandar itu mengatakan Baida cuai kerana tidak memasang penderia dan gagal melatih pekerja baru mengenai keselamatan di tempat kerja.

    Pihak berkuasa memberikan syarikat itu dua minggu untuk memperbaiki masalah ini atau berhadapan denda sehingga 150,000 dolar Taiwan.

    Pan meninggalkan isteri yang sarat mengandung enam bulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda