Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Matip selamatkan Liverpool

    LIVERPOOL, 14 SEPT – Tandukan Joel Matip pada minit ke-89 memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

    Anak buah Jurgen Klopp hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan pembukaan musim ini, dan mengalami kekalahan 4-1 di tangan Napoli pada hari perlawanan pertama kumpulan.

    Kemenangan itu meletakkan Liverpool pada tiga mata bersama Ajax dan Napoli, yang akan bertandang ke laman Rangers pada hari ini.

    “Jika awda bandingkan kedua-dua perlawanan ini, saya tidak fikir awda akan sedar sebenarnya ia skuad yang sama,” kata Klopp mengenai prestasi pasukannya sejak enam hari lalu di selatan Itali.

    Perlawanan itu didahului dengan pemain bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada kemangkatan Ratu Elizabeth II.

    Klopp menyifatkan kekalahan oleh Napoli minggu lalu sebagai prestasi paling teruk dalam tempoh tujuh tahun dia membimbing skuad berkenaan.

    Kekalahan yang sama dalam Liga Juara-Juara untuk Liverpool memburukkan lagi permulaan teruk dalam musim Liga Perdana. Tetapi kini Matip, Thiago Alcantara dan Diogo Jota kembali dalam kesebelasan utama selepas mengalami kecederaan.

    “Ia adalah langkah pertama,” tambah Klopp, di mana pasukannya tidak beraksi selama dua setengah minggu lagi dengan perlawanan Ahad menentang Chelsea ditunda kerana upacara pengebumian Ratu. – AFP

    Aksi Joel Matip (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara kumpulan A menentang Ajax di stadium Anfield di Liverpool, England, pada 13 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...